Site icon TechNave BM

K-KOMM belanja RM4 bilion untuk pemasangan gentian optik di 4,000 sekolah

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa mengatakan kementeriannya telah memperuntukkan RM4 bilion untuk pemasangan hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau point of presence (PoP) di 4,000 sekolah di seluruh negara.

Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan perkhidmatan capaian rangkaian internet yang lebih stabil dan berkelajuan tinggi terutamanya di sekolah luar bandar. Ia melibatkan pemasangan di zon utara, zon tengah, zon selatan dan zon timur dalam Semenanjug serta Sabah dan Sarawak.

K-KOMM menyasarkan pemasangan gentian optik di 500 hingga 600 sekolah dalam setiap zon. Mereka akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian gentian optik di semua sekolah luar bandar.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa capaian internet 4G di seluruh negara melalui fasa satu Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah pun mencapai 95 peratus. K-KOMM menyasarkan peratusan itu untuk meningkat kepada 97 peratus pada akhir tahun 2022.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Awani

Exit mobile version