Site icon TechNave BM

K-KOMM: PerantiSiswa edarkan Samsung Galaxy Tab A8 LTE kepada pelajar B40

Selepas mengalami kelewatan akibat isu tender, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM)  menjalankan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dengan mengagihkan tablet kepada pelajar B40 yang layak. Kementerian juga mendedahkan peranti yang akan diagihkan mungkin adalah Samsung Galaxy Tab A8.

Hari ini, Samsung Galaxy Tab A8 telah dipilih melalui tender terbuka namun pembekalnya tidak didedahkan. Tan Sri Annuar Musa turut menjelaskan bahawa peranti itu akan datang dengan jaminan dua tahun.

Menteri K-KOMM itu turut mengumumkan empat lagi kategori pelajar B40 kini layak mendapatkan peranti itu di bawah program PerantiSiswa. Buat masa ini, Samsung Galaxy Tab A8 LTE sebenarnya tidak tersedia di Malaysia kerana ia hanya menjual versi WiFi di Malaysia.

Tambahan lagi, varian 3/32GB yang dijual di Malaysia tidak memenuhi keperluan RAM 4GB dan storan 64GB yang ditetapkan oleh K-KOMM. Oleh itu, mereka telah memilih Galaxy Tab A8 untuk program PerantiSiswa.

Sementara itu, mari kita tunggu dan lihat tentang spesifikasi sebenar tablet itu. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version