Site icon TechNave BM

Kabel bawah laut rosak adalah sebab gangguan Internet Unifi anda

Terkini, Telekom Malaysia (TM) melalui sumber telah menyatakan bahawa kabel bawah laut APCN-2 yang menyambung Malaysia dengan negara lain seperti China, Jepun, Taiwan, Filipina dan sebagainya sedang mengalami kerosakan. Hal ini diketahui oleh konsortium yang menguruskan kabel tersebut.

Kerosakan ini menyebabkan gangguan Internet seperti muat turun yang perlahan, kegagalan menyambungkan kepada pelayan dan yang seangkatan dengannya. Jika anda mengalami masalah ini selama beberapa hari ini, anda diminta bersabar sementara kerosakan tersebut sedang dibaik pulih.

Apa pun, pihak TM telah mengambil langkah dan inisiatif lain untuk mengurangkan gangguan Internet. Langkah ini bakal mengurangkan kesan kerosakan tersebut kepada pengalaman anda dalam menggunakan Internet.

Kabel yang menyambungkan rangkaian Malaysia ke negara lain. Sumber: SubmarineNetworks.com

Menurut sumber, masih tiada maklumat rasmi tentang tempoh masa yang diambil untuk membaik pulih keadaan ini sepenuhnya. Namun, memandangkan usaha baik pulih sedang dijalankan, mungkin kita boleh menunggu berita gembira. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version