Site icon TechNave BM

Kabel kuasa Apple Studio Display perlu alat khas untuk ditanggalkan

Apple Studio Display sudah tersedia di kedai dan ramai pelanggan di seluruh dunia telah mendapatkan produk tersebut. Ia mempunyai penyambung kuasa unik boleh ditanggalkan serta memerlukan alat khas untuk mengeluarkannya.

Apple mengatakan bahawa kabel kuasa Studio Display tidak boleh ditanggalkan seperti yang disangka oleh pengguna. @StellaFudge di Twitter menyatakan Apple mempunyai alat khas untuk mengeluarkan kabel kuasa daripada Studio Display. Kabel digulung menggunakan alat tersebut berfungsi seperti pemegang untuk mudah ditanggalkan daripada paparan. 

Alat ini dicipta untuk juruteknik Apple dan ia tidak tersedia untuk dijual di mana-mana. Studio Display membawa reka bentuk yang nipis agak susah untuk anda mendapatkan kabel ganti dari kedai lain selain Apple. Walaupun begitu, Apple hanya menggantikan kabel dan bukan keseluruhan paparan yang dapat mengurangkan kos pembaikan di luar waranti.

Apple tidak memberi sebarang maklumat mengenai kos pembaikan untuk Studio Display baharu, tetapi anda boleh membeli pelan AppleCare+ $149 (~RM627) yang melindungi kerosakan dengan tambahan waranti selama setahun. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac 

Exit mobile version