Site icon TechNave BM

Kaca mata pintar Apple mungkin dilancar 2023, boleh papar mesej dan peta di kaca

Berita dan jangkaan mengenai kaca mata pintar realiti terimbuh (AR) dari Apple ini bukanlah sesuatu yang baharu. Terdapat ura-ura lepas mengenainya dan kini, ia dilapor sudah melepasi tahap pembangunan yang pertama.

Menurut sumber, prototaip ini sudah memasuki tahap pembangunan yang kedua. Sumber terdahulu pula pernah menyatakan bahawa aksesori ini mungkin bakal dilancar seawal tahun 2023. Kaca mata pintar Apple ini dijangka berupaya untuk mengawal Siri, memaparkan peta dan mesej.

Di sisi yang lain, penganalisis Apple terkenal Ming Chi Kuo menyatakan bahawa Apple sedang bersedia untuk peranti AR pada tahun 2021. Namun, peranti AR yang diperkatakan penganalisis mungkin juga merujuk kepada aksesori kepala AR yang lain.

Apakah pendapat anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version