Site icon TechNave BM

Kad NFC Touch ‘n Go x Mister Potato edisi terhad dilancar di Malaysia, berharga RM25

Touch ‘n Go hari ini memperkenalkan kad NFC edisi khas yang dibina dengan kerjasama jenama snek tempatan Mister Potato iaitu Touch ‘n Go x Mister Potato Limited Edition Card. Kad edisi khas ini dilihat sebagai kolaborasi khas antara dua syarikat tempatan yang dikenali ramai bagi menyambut kejayaan rakyat dalam dunia perniagaan.

Seperti kad edisi khas yang dilancar Touch ‘n Go sebelum ini, ia mempunyai fungsi NFC yang membenarkan anda menambah nilai dalam kad menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet dalam telefon pintar. Ia kemudian boleh digunakan di pelbagai plaza tol dan tempat letak kenderaan di seluruh negara.

Ia akan dijual pada harga RM25 sekeping di laman rasmi Touch ‘n Go dalam Shopee Mall.

Anda juga berpeluang memenangi kad Touch ‘n Go x Mister Potato Limited Edition Card yang sudah mempunyai nilai RM50 serta pakej Mister Potato bernilai RM110 dengan menyertai pertandingan khas dalam media sosial sebelum 30 September 2024.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Touch ‘n Go dan Mister Potato dalam Instagram. 67 pemenang dengan penyertaan yang paling kreatif akan dipilih selepas pertandingan tamat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kad ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version