Kumpulan Touch ‘n Go (“TNG”) telah mengumumkan pelancaran Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf memudahkan pengguna untuk tambah nilai kad tanpa sebarang surcaj pada bila-bila masa melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Kad ini adalah minimalis dan hadir dalam rupa merah jambu pastel kepada biru pastel yang telah didaftarkan sepenuhnya. Harganya RM10 sama seperti kad Touch ‘n Go versi lama dan boleh dibeli di aplikasi Touch ‘n Go eWallet serta di lokasi runcit terpilih di seluruh negara.
Setelah pengguna menerima kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf, mereka perlu memautkan kad tersebut ke Touch ‘n Go eWallet mereka. Pengguna perlu memegang kad di belakang telefon pintar serasi NFC selama lima saat untuk mengaktifkan kad baharu. Selepas melengkapkan pautan, pengguna kemudian boleh melihat baki kad dan melakukan pemuatan semula. Fungsi ini tersedia untuk iOS dan Android.
Pengguna boleh memautkan sehingga 5 kad Touch ‘n Go ke Touch ‘n Go eWallet mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid berkata mereka menjangka kad yang dinaik taraf ini adalah sangat tinggi yang mungkin melebihi bekalan. Maka, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kad secepat mungkin kepada pengguna.
Sekiranya stok kad tidak mencukupi pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau saluran runcit, pengguna dinasihatkan untuk mendaftar pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan akan dimaklumkan apabila kad mula disediakan.
Sama seperti kad Touch ‘n Go semasa, ia boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai seperti biasa merentasi semua kes penggunaan termasuk lebuh raya bertol, perkhidmatan pengangkutan awam, dan lebih 700 tapak letak kereta di Semenanjung Malaysia.
Ketahui lebih banyak informasi terkini mengenai kad baharu di laman web rasmi Touch ‘n Go. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

