Buat para peminat jenama aiskrim tempatan Inside Scoop, anda pasti berminat dengan kad Touch ‘n Go x Inside Scoop Limited-Edition Card yang akan menawarkan pelbagai manfaat menarik apabila anda membeli aiskrimnya.
Kad edisi khas itu akan dijual pada harga RM25 dan boleh dibeli daripada laman rasmi Touch ‘n Go dalam Shopee atau Lazada, kedai Touch ‘n Go Service and Sales Centres di Bangsar South dan NU Sentral, serta mana-mana cawangan Inside Scoop (kecual di B.I.G. IPC Shopping Centre dan Publika).
Selain itu, ia menyokong fungsi NFC yang membenarkan pengguna untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go menggunakan telefon pintar sahaja.
Manfaat utama daripada kad itu adalah setiap pemilik kad boleh menikmati diskaun 15% untuk sajian aiskrim single scoop di cawangan-cawangan Inside Scoop terpilih. Anda hanya perlu tunjukkan kad Touch ‘n Go x Inside Scoop sewaktu membuat pembelian bagi mendapatkan diskaun tersebut. Promosi ini hanya akan ditawarkan sehingga 28 Februari 2025.
Layari laman web Inside Scoop untuk makulmat lanjut mengenai kad edisi khas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

