Site icon TechNave BM

Kadar dan cara bayar zakat fitrah online mengikut negeri di seluruh Malaysia tahun 1441H/2020

Jika sebelum ini kita mempunyai kemudahan untuk membayar zakat fitrah secara bersemuka, pastinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak memberi kesulitan. Namun, kesulitan tersebut digantikan dengan kemudahan yang lebih praktikal untuk rakyat melunaskan zakat fitrah.

Pelbagai organisasi yang memungut zakat telah tampil menyediakan initiatif urusan pembayaran zakat secara dalam talian termasuklah zakat fitrah. Untuk itu, anda boleh merujuk kadar zakat fitrah dan platform pembayaran yang tersedia mengikut negeri anda. Maklumat lanjut mengenai fatwa, hukum dan kiraan zakat fitrah, anda boleh rujuk disini atau pada halaman pusat zakat negeri masing-masing.

Kadar Zakat Fitrah dan platform pembayaran mengikut negeri

Sebagai makluman, umat Islam yang berada di negeri dengan kadar zakat fitrah melebihi satu kadar perlu memilih kadar zakat yang bersesuaian dengan harga beras yang menjadi makanan harian anda.

NegeriKadar Zakat FitrahCara Pembayaran
W.P. Kuala LumpurRM5/RM7PPZ MAIWP | MyEG | Pos Online | PayHalal | Melalui bank terpilih dalam talian
PutrajayaRM5/RM7PPZ MAIWP | MyEG | Pos Online | PayHalal | Melalui bank terpilih dalam talian
SelangorRM7/RM14/RM21Zakat Selangor | MyEG | GoPayz | Boost | Melalui bank terpilih dalam talian | Pos Online
PahangRM7Zakat Pahang | eZakat MUIP | MyEG | Pos Online | Melalui bank terpilih dalam talian
TerengganuRM7MAIDAM | SnapNPay
KelantanRM7/RM14/RM21e-MAIK | MAIK | SnapNPay | Melalui bank terpilih dalam talian | JomPAY
PerakRM7/RM14/RM21 eZakat MAIAMP | MyEG | GoPayz | SnapNPay | QRPay Maybank
PerlisRM7MAIPS | SnapNPay | Melalui bank terpilih dalam talian
KedahRM5/RM7/RM14/RM21Zakat Kedah | Zakat On Touch | Asnafcare | MyEG
Pulau PinangRM7/RM16Zakat Penang | GoPayz | SnapNPay | Pos Online | Melalui bank terpilih dalam talian
JohorRM7/RM10MAIJ | Johor Online Payment | SnapNPay | MyEG | Melalui bank terpilih dalam talian
SabahRM6/RM7.50MUIS | SnapNPay | JomPAY | MyEG | Pos Online | Melalui bank terpilih dalam talian
SarawakRM7Tabung Baitulmal Sarawak | MyEG | SnapNPay | Maybank2U | Baitulmal Kamek
MelakaRM7/RM14Zakat Melaka | MyEG | QRPay Bank Muamalat
Negeri SembilanRM7Zakat NS | JomPAY | SnapNPay | Melalui bank terpilih dalam talian | MyEG
W.P. LabuanRM5/RM7PPZ MAIWP | MyEG | Pos Online | PayHalal

Untuk makluman, kami akan mengemas kini maklumat ini dari masa ke masa untuk kemudahan penggunaan anda. Jika anda memerlukan maklumat tentang zakat fitrah atau zakat lain, anda boleh mengunjungi laman web pusat pungutan zakat di negeri masing-masing.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version