Site icon TechNave BM

Kadar pengecasan Samsung Galaxy S21 FE tertiris dalam pengiktirafan 3C

Telefon pintar Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) kini telah pun mendapat pengiktirafan China Compulsory Certificate (3C) dari China dan TUV Rheinland, menandakan bahawa ia dijangka akan dilancar dalam masa beberapa minggu lagi.

Dalam pengiktirafan 3C, telefon Samsung dengan nombor model SM-G9900 menyokong kadar pengecasan 25W. SM-G9900 adalah nombor sama yang telah diuji dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench sebelum ini.

Selain itu, pengiktirafan TUV Rheinland juga telah dikesan untuk SM-G990N, SM-G990B dan SM-G9900. Ini mungkin adalah tiga varian memori yang akan ditawarkan untuk peranti tersebut.

Galaxy S21 FE dijangka akan dilengkapi spesifikasi andalan seperti produk lain dalam siri Galaxy S21 namun dijual pada harga yang lebih murah. Sebelum ini, rupa telefon tersebut telah pun tertiris.

Galaxy S21 FE dijangka akan dilancar pada bulan Ogos dan menggantikan ketiadaan Galaxy Note pada tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version