Site icon TechNave BM

Kadar penggunaan 5G di Malaysia hampir 36%, liputan 80.3% – Fahmi Fadzil

Kadar penggunaan 5G negara mencecah hampir 36% setakat pertengahan April manakala kadar liputan perkhidmatan berada pada 80.3% pada Februari. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ini adalah pencapaian yang ketara memandangkan kadar penerimaan yang rendah iaitu hanya 12 hingga 15% pada November 2023.

Dalam tempoh lima hingga enam bulan, penggunaan 5G meningkat daripada kadar kira-kira 15 % kepada hampir 36%. Selain itu, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan meneliti perkara ini supaya kerajaan boleh mengadakan perbincangan dengan penyedia perkhidmatan 5G untuk menyediakan pakej untuk mahasiswa.

Fahmi berkata kerajaan dijangka memperkenalkan rangkaian 5G kedua minggu depan yang boleh membawa peningkatan ketara dalam kedua-dua liputan perkhidmatan dan kadar penggunaan. Pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi memudahkan penyediaan internet yang lebih murah dan pantas di sekolah-sekolah seluruh negara.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version