Site icon TechNave BM

Kain penggilap Apple berharga ~RM78 dilancar, stok sehingga akhir November habis terjual

Apple mengeluarkan kain lembut dan tidak kasar berharga $19 (~RM78) untuk paparan Apple, termasuk kaca tekstur nano Pro Display XDR. Ia juga sesuai digunakan dengan paparan LED mini model MacBook Pro baru dan semua jenis iPhone, iPad, dan Mac.

Mereka yang masih belum membuat pesanan untuk kain peggilap (polishing cloth) mungkin tidak bernasib baik kerana stok bagi fasa permulaan telahpun habiskerana persediaan awal telahpun habis. Anda perlu menunggu polishing cloth tiba dalam masa agak lama iaitu mungkin daripada 8 November sehingga 24 November menurut khabar angin.

Apple mengesyorkan kain lembut, bebas serat dan mengelap dengan tekanan yang minimum manakala untuk pembersihan yang mendalam, anda perlukan larutan alkohol isopropil 70 persen untuk membasahi kain.

Apple telah mengeluarkan polishing cloth yang bertekstur nano sejak Pro Display XDR dilancarkan. Kain tersebut boleh dicuci tangan dengan sabun pinggan dan air sekiranya ia kotor. Stok polishing cloth masih belum tiba di kedai Apple namun terdapat khabar angin mengatakan bahawa ianya akan dijual pada hari pelancaran MacBook Pro.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mac Rumors

Exit mobile version