Site icon TechNave BM

(Kajian) Berapa lama COVID-19 bertahan di atas permukaan besi dan di udara? – Ini jawapannya!

2009 Brian Judd This 2009 photograph captured a sneeze in progress, revealing the plume of salivary droplets as they are expelled in a large cone-shaped array from this man’s open mouth, thereby, dramatically illustrating the reason one needs to cover hios/her mouth when coughing, or sneezing, in order to protect others from germ exposure. How Germs SpreadIllnesses like the flu (influenza) and colds are caused by viruses that infect the nose, throat, and lungs. The flu and colds usually spread from person to person when an infected person coughs or sneezes.How to Help Stop the Spread of GermsTake care to: - Cover your mouth and nose when you sneeze or cough - Clean your hands often - Avoid touching your eyes, nose or mouth - Stay home when you are sick and check with a health care provider when needed - Practice other good health habits.

Kami pasti anda kini sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan beberapa hari lalu. Pengumuman turut dilakukan sekali lagi oleh kerajaan Malaysia, menggesa agar rakyat mematuhi arahan sepanjang perintah ini. Pernahkah anda terfikir, apakah sebab anda digesa untuk duduk di rumah sahaja?

Ini mungkin salah satu jawapannya – Kajian menunjukkan COVID-19 mampu hidup beberapa jam di udara dan beberapa hari di permukaan. Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji dari National Institutes of Health, Centers for Disease Control and Prevention, UCLA dan Princeton University yang diterbitkan melalui New England Journal of Medicine.

Kajian mendapati bahawa COVID-19 boleh bertahan pada permukaan plastik dan besi sehingga tiga hari. Berlainan pula pada permukaan tembaga, virus ini boleh bertahan sehingga empat jam dan selama 24 jam pada permukaan kadbod.

Virus ini juga boleh menjadi virus bawaan udara kerana jika mengikut beberapa keadaan yang bergantung kepada kelembapan dan suhu panas tertentu, COVID-19 boleh bertahan di udara. Oleh itu, anda dinasihati untuk menjaga etika bersin dan batuk seperti yang disarankan World Health Organization (WHO) dan KKM.

Sumber: KKM

Jika anda sudah membacanya, pasti anda tahu dan lebih yakin untuk mengambil langkah pencegahan seperti yang disarankan. Perintah Kawalan Pergerakan tidak lain tidak bukan adalah hanya untuk memastikan anda tidak dijangkiti dan mengawal penularan COVID-19.

Duduk diam-diam di rumah dan teruskan membaca Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. Sebarang komen boleh diluahkan di laman Facebook kami.

Sumber: CNBC

Exit mobile version