Apabila anda disambar cuaca panas, minuman berkarbonat pastinya menjadi pilihan untuk memuaskan rasa dahaga. Namun, terdapat segelintir individu yang bimbang akan akibat setelah mengambil minuman bertin penuh dengan kebahagiaan yang sementara itu. Oleh sebab itu, mereka akan membuat pilihan yang lebih selamat dengan mengambil minuman bertin yang tidak mengandungi gula atau kalori. Terkini, satu kajian daripada Yale University menyatakan bahawa meminum Coke Zero Sugar tidak akan mendatangkan kesan kesihatan major kepada individu, selagi anda tidak mengambilnya bersama karbohidrat.
Coke Zero Sugar diperbuat daripada pemanis buatan termasuk suclarose, sejenis pengganti gula yang biasanya digunakan untuk pesakit diabetes dan individu yang cuba untuk menurunkan berat badan. Kajian daripada Yale University telah menemukan bahawa pengambilan minuman itu sahaja tidak akan mengakibatkan isu kesihatan major, tetapi dinasihatkan untuk tidak mengambilnya bersama karbohidrat.
Semasa kajian, pengkaji dapat melihat bahawa suclarose sahaja tidak akan memudaratkan kesihatan individu. Namun, apabila pemanis buatan diambil bersama karbohidrat, ia akan memberi kesan kepada respons neural dan metabolisma. Dengan ini, anda mungkin perlu berhenti mengambil kentang goreng selepas meminum Coke Zero Sugae untuk.
Perdebatan mengenai pengambilan gula buatan yang akan memudaratkan kesihatan telah lama wujud. Kajian ini sahaja tidak cukup untuk membuktikan bahawa kita tidak akan mendapat apa-apa isu kesihatan dengan pengambilan kerap minuman berkarbonat yang diperbuat daripada pemanis buatan. Untuk itu, kami ingin mengingatkan anda untuk berhati-hati dalam mengambil apa-apa jenis gula.
Beritahu kami pendapat anda anda tentang kajian ini di laman Facebook. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Diterjemahkan daripada TechNave.com

