Site icon TechNave BM

Kajian Oxford mendapati aktiviti “gaming” boleh bantu perbaiki kesihatan mental

Sebuah kajian yang dibuat oleh para pengkaji di Oxford Internet Institute, Oxford University mendapati bahawa permainan video adalah berfaedah untuk membaiki kesihatan mental. Kajian ini dilakukan berikutan penjualan game yang meningkat tinggi selepas ramai orang terpaksa berkurung di rumah bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Kajian tersebut menggunakan data daripada syarikat penerbit game Electronic Arts dan Nintendo Amerika berdasarkan jumlah masa yang dimainkan oleh lebih 3,200 orang pengguna dalam game Plants vs Zombies: Battle for Neighborville dan Animal Crossing: New Horizons. Mereka mengatakan keseronokan yang dihasilkan daripada bermain game boleh menyumbang kepada kesihatan mental yang baik, tidak kiralah berapa lama waktu yang dimainkan.

Kajian melibatkan game sukar dibuat dengan tepat kerana syarikat game sering tidak bekerjasama dengan para pengkaji daripada segi perkongsian data pemain. Dengan hasil kajian terbaru yang dibuat bersama syarikat game ini, mungkin akan memadam stigma negatif yang dikaitkan dengan bermain game seperti ketagihan dan tingkah laku agresif.

Kongsi pendapat anda tentang kajian ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version