Site icon TechNave BM

Kajian temui Android lebih banyak kongsi data pengguna dengan Google berbanding iOS

Isu perkongsian data bulan lagi isu yang baharu dalam industri teknologi. Semakin lama, pengguna semakin menyedari tentang hak privasi ke atas perkongsian data secara maya. Baru-baru ini, terdapat sebuah kajian yang menemui bahawa kebanyakan telefon pintar Android lebih banyak berkongsi data pengguna dengan Google berbanding iOS.

Menurut pengkaji Doug Leith yang berkecimpung dalam sistem perkomputeran di Trinity College Dublin, Android ada mengumpul data (data telemetri) dan menghantarnya kepada Google, manakala iOS mengumpul data dan menghantarnya ke Apple. Pengkaji mendapati bahawa iOS berkongsi data berkaitan IMEI, nombor siri perkakas, nombor siri SIM, nombor telefon, lokasi, tekemetri, kukis, alamat IP tempatan dan alamat WiFi MAC berdekatan.

Android juga berkongsi data seperti di atas, dnegan tambahan alamat WiFi MAC peranti tanpa lokasi peranti. Menariknya, Android menghantar 1MB data kepada Google sebagai permulaan, manakala iOS kepada Apple kira-kira 42KB. Sementara peranti tidak digunakan, Android menghantar data 1MB setiap 12 jam kepada Google, manakala iOS hanya kira-kira 52KB sahaja kepada iOS. Dengan ini, Android dijangka berkongsi keseluruhan data pengguna sebanyak 1.3TB, manakala iOS hanya 5.8GB.

Apa pun, Google menyatakan bahawa metodologi kajian ini ada kelompangan dari segi pengukuran data. Menurut Google, pengumpulan data adalah perkara asas dalam telefon pintar.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Insider

Exit mobile version