Site icon TechNave BM

Kalau skrin iPad Air anda bermasalah, Apple akan tukarkannya secara percuma

Jika anda pernah membeli iPad Air pada tahun lepas atau awal tahun ini, beri perhatian kepada skrin anda kerana Apple mendapati bahawa dalam beberapa situasi, ia mungkin akan terpadam secara kekal. Sedikit kilauan (flash) mungkin akan dipaparkan sebelum skrin tersebut terpadam sendiri.

Kalau perkara ini berlaku kepada anda, Apple akan menawarkan penggantian skrin iPad Air anda secara percuma. Program ini cuma layak untuk iPad Air generasti ketiga yang dibina dalam tempoh Mac hingga Oktober 2019. Ia tidak layak untuk model iPad Air lain.

Lawati Pemberi Perkhidmatan Apple Sah untuk gantikan skrin iPad Air anda jika anda layak. Beritahu kami di Facebook jika iPad Air anda mengalami masalah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Support Malaysia

Exit mobile version