Site icon TechNave BM

Kamera bawah skrin tidak akan hadir pada Samsung Galaxy S21, mungkin pada Z Fold3 nanti

Sebelum ini, Samsung dikhabarkan akan menggunakan kamera bawah skrin pada Galaxy Z Fold2. Namun, ianya tidak berlaku dan mereka dikatakan akan menangguhkan penggunaan teknologi ini untuk peranti flagship mereka tahun hadapan iaitu siri Samsung Galaxy S21.

Walau bagaimanapun, sumber terkini dari Korea Selatan menyatakan bahawa teknologi ini juga tidak akan digunakan pada siri Samsung Galaxy S21 disebabkan hasil pengeluaran teknologi yang rendah.

Sumber juga menyatakan bahawa teknologi kamera bawah skrin dari Samsung ini hanya akan siap sedia untuk peranti lipat mereka, Galaxy Z Fold3 pada tahun hadapan iaitu pada suka ketiga atau keempat tahun 2021.

Tahun 2021 akan menjadi tahun dimana jenama-jenama seperti Xiaomi dan OPPO bakal melancarkan peranti dengan kamera swafoto dalam skrin. Lihat video di bawah untuk informasi lanjut mengenai teknologi kamera bawah skrin dari Xiaomi.

Adakah anda meminati teknologi ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version