Site icon TechNave BM

Kamera HUAWEI P50 Pro berjaya dapat markah tertinggi dari DxOmark!

Seperti biasa, DxOMark akan memberikan ulasan mengenai kebolehan kamera sesebuah telefon pintar. Kali ini adalah pada HUAWEI P50 Pro yang telah dilancarkan beberapa hari lalu.

P50 Pro dilihat berjaya mendapat markah setinggi 144 yang meletakkannya pada tangga pertama antara telefon pintar lain. Kamera swafotonya juga mendapat markah yang tinggi iaitu 106.

DxO menyatakan bahawa sensor utama 50MP dan kamera monokrom 40MP pada P50 Pro mampu memberikan pengalaman terbaik dari segi ketepatan warna, jangka dinamik dan perhalusan butiran.

Lensa periskop 64MPnya juga dapat menghasilkan gambar yang kurang noise, butiran yang banyak dan jangka dinamik yang baik. Gambar waktu malamnya juga antara kelebihan utamanya dengan kecerahan dan kawalan cahaya yang baik.

Apa pun, ulasan ini hanyalah dari satu pihak sahaja dan bukannya dari seluruh pengguna serata dunia.

Adakah anda berpuas hati dengan markah DxOMark ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version