Site icon TechNave BM

Kamera siri OnePlus 9 tidak dinilai dalam DXOMARK kerana OPPO Find X3 Pro

Siri OnePlus 9 bakal dilancar pada 23 Mac 2021 di pasaran telefon pintar, namun sumber kini melaporkan bahawa kameranya tidak akan dinilai dalam platform penilaian tersohor, DXOMARK.

Menurut CEO Pete Lau, peranti andalan siri OnePlus tidak akan diberi kepada DXOMARK untuk penilaiannya. Hal ini diputuskan kerana Naib Presiden OPPO Brian Shen telah mengkritik laman web DXOMARK di atas pernyataan mengenai OPPO Find X3 Pro tidak dilengkapi lensa bebas bentuk (free-form). Untuk pengetahuan anda, siri OnePlus 9 disahkan bakal hadir dengan sensor ultra lebar Sony IMX766, sama seperti sensor ultra lebar pada OPPO Find X3 Pro.

Kamera siri OnePlus 9 juga dilapor berkolaborasi dengan Hasselblad yang menampilkan spesifikasi kamera istimewa. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai jangkaan spesifikai siri OnePlus 9.

Adakah anda berminat dengan siri OnePlus 9? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumver: Mysmartprice

Exit mobile version