Site icon TechNave BM

Kamera telefoto vivo X100 Pro+ didedah, mungkin dilancar pada separuh pertama 2024

Siri vivo X100 secara rasmi dilancarkan di Malaysia minggu lalu. Walaupun dipanggil satu siri, terdapat model lain yang masih belum dilancarkan iaitu vivo X100 Pro dan vivo X100 Pro+. Berdasarkan laporan sebelum ini, setiap satu menampilkan perkakasan kamera yang lebih canggih.

Menurut Digital Chat Station, telefon ini akan membawa kamera periskop 200MP. Ia mempunyai sensor 1/1.5 inci, zum optik sehingga 10x dan zum digital sehingga 200x. Berdasarkan komen pada kenyataan tersebut, ramai beranggapan butiran ini mungkin dibawa oleh vivo X100 Pro+ kerana ia mendapat kamera telefoto yang dinaiktaraf. Ia juga dijangkakan mempunyai kamera ultra lebar yang lebih baik.

Selain daripada kamera, kita boleh mengharap model Pro akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 3. Selain itu, ia vivo X100 Pro+ juga dijangka akan mempunyai paparan OLED melengkung 6.78 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz, bateri 5,400mAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengeasan wayarles 50W serta sokongan Android 14 (OriginOS 4).

Mengenai tarikh pelancaran, khabar angin mengatakan telefon ini akan dilancarkan dalam separuh pertama tahun 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version