Site icon TechNave BM

Kamera tersorok di bawah kaca elektrokromik OnePlus Concept One

Terdahulu, peranti OnePlus seperti OnePlus 7T Pro merupakan antara peranti yang termasuk dalam barisan peranti terbaik tahun 2019. Untuk tidak mengecewakan peminat teknologi OnePlus, jenama ini bakal mengeluarkan siri OnePlus 8 pada tahun ini.

Di sisi yang lain, OnePlus telah mengumumkan secara rasmi peranti OnePlus Concept One dengan kolaborasi McLaren. Menurut sumber, apa yang paling menarik adalah kamera telefon pintar ini seperti bermain sorok-sorok dengan pengguna. Anda hanya boleh melihat sensor kamera utama apabila anda mengaktifkan kamera.

Kaca elektrokromik yang melitupi kamera tersembunyi tersebut juga boleh berfungsi sebagai filter ND. Reka bentuk utama OnePlus Concept One ini dilitupi lapisan kulit khas oleh McLaren dengan pilihan warna Papaya Orange.

Apa pun, untuk maklumat lanjut yang rasmi mengenai OnePlus Concept One, nantikan di TechNaveBM.com. Menurut pandangan anda, adakah OnePlus Concept One menarik atau anda ada cadangan penambahbaikan? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: gsmarena

Exit mobile version