Site icon TechNave BM

Kapasiti bateri dan kadar pengecasan OnePlus Nord 2 5G disahkan

OnePlus bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru, OnePlus Nord 2 5G, pada hari esok dan kini syarikat tersebut telah berkongsi satu lagi spesifikasi utama untuk telefon itu iaitu daripada segi bateri dan pengecasan.

Nord 2 5G akan dilengkapi bateri 4,500mAh manakala kadar pengecasannya pula adalah setinggi 65W. OnePlus mengatakan pengecasan tersebut boleh mengecas penuh bateri telefon ini dalam masa 15 minit sahaja.

Sebelum ini, OnePlus telah pun mengesahkan bahawa Nord 2 5G akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200-AI, skrin AMOLED 90Hz berukuran 6.43 inci dan kamera utama dengan sensor Sony IMX766. Rupa belakang telefon itu juga sudah didedahkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version