Site icon TechNave BM

Kapasiti bateri iPhone 14 didedahkan sebelum pra-tempahan bermula

Apple telah melancarkan siri telefon pintar terbaharu, iPhone 14, pada minggu lepas namun mereka tidak mendedahkan kapasiti bateri untuk setiap variannya. Ini adalah amalan standard untuk Apple kerana mereka tidak pernah memaklumkan kapasiti bateri iPhone secara spesifik, sebaliknya sekadar mengatakan tempoh berapa lama baterinya boleh bertahan.

Menurut Macrumors, kini sebuah data daripada pihak berkuasa China telah tertiris, di mana ia menyatakan kapasiti bateri untuk setiap varian iPhone 14. Berikut adalah kapasiti bateri untuk siri telefon tersebut:

Secara amnya, kapasiti bateri iPhone 14 adalah lebih besar daripada iPhone 13 (3,227mAh), iPhone 13 Pro (3,095mAh) dan iPhone 13 Pro Max (4,352mAh). Sewaktu pelancarannya, Apple mengatakan semua iPhone 14 boleh bertahan lebih lama sebanyak sejam berbanding iPhone 13.

Walaupun iPhone 14 Plus mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar, iPhone 14 Pro Max dijangka bakal menawarkan hayat bateri yang lebih lama kerana skrinnya mempunyai teknologi ProMotion yang boleh merendahkan kadar segar semula (refresh rate) skrin untuk menjimatkan penggunaan tenaga.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version