Site icon TechNave BM

Kapasiti bateri siri iPhone 13 tertiris, mungkin bermula 2,406mAh

Pada awal minggu ini, Apple telah memperkenalkan siri telefon pintar baharu iPhone 13 yang terdiri daripada iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Antara penambahbaikan yang ditawarkan oleh Apple adalah hayat bateri yang lebih lama, iaitu sehingga 2.5 jam lebih lama berbanding siri iPhone 12.

Walau bagaimanapun, Apple tidak menyatakan kapasiti bateri siri iPhone 13 secara spesifik. Kini terdapat khabar angin yang menyenaraikan spesifikasi bateri untuk setiap varian iPhone 13, seperti yang tertera berikut:

Jika maklumat tersebut betul, ia bermaksud iPhone 13 mini, iPhone 13 dan iPhone 13 Pro mempunyai tambahan bateri sedikit sahaja berbanding siri iPhone 12. Untuk iPhone 13 Pro Max pula, ia mendapat peningkatan yang ketara daripada iPhone 12 Pro Max yang mempunyai kapasiti 3,687mAh.

Bateri iPhone 13 akan menyokong pengecasan magnetik MagSafe serta pengecasan berwayar 20W, namun pengecasnya akan dijual secara berasingan. Beritahu kami pendapat anda tentang bateri iPhone baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Phone Arena

Exit mobile version