Site icon TechNave BM

Karakter warga Malaysia bernama Noor Azimah kini hadir dalam ‘game’ Hyper Scape

Game terkini yang mungkin menjadi trend terkini adalah game terbaru yang diperkenalkan oleh Ubisoft, Hyper Scape. Dalam game ini, terdapat perkara yang menarik perhatian rakyat Malaysia iaitu kewujudan karakter wanita Malaysia.

Karakter yang dinamakan Noor Azimah binti Yusof, berumur 23 tahun dari Pekan, Pahang ini diberi jolokan nama “simbol wajah Asia Tenggara” kerana ianya merupakan karakter popular dalam kalangan wanita muda di Asia. Karakter ini disenaraikan sebagai penduduk di Kuala Lumpur.

Sepintas lalu, Hyper Scape membenarkan anda bersaing dalam Battle Royale untuk memenangi pelbagai ganjaran dalam garis masa tahun 2054. Open Beta untuk pengguna PC bagi game ini telah bermula pada 12 Julai lalu.

Apa yang menarik ialah karakter Noor ini yang memakai turban merah. Karakter ini diberi nama gelaran Noor Casulink dalam game tersebut.

Apakah pandangan anda terhadap watak ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: Fandom Wiki melalui The Star

Exit mobile version