Site icon TechNave BM

Kartun kegemaran sepanjang masa, Spongebob Squarepants bakal hadir dengan siri baru: Kamp Koral

Siri kartun kegemaran sedunia termasuk rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur, Spongebob Squarepants dilaporkan bakal hadir dengan siri baru, Kamp Koral. Nickelodeon dilaporkan kini telah mengumpulkan suara watak siri kartun itu. Selain itu, Nickelodeon turut bakal mengeluarkan beberapa siri kartun yang lain.

Jika anda masih tidak tahu, sebenarnya sekuel Spongebob telah lama dikhabarkan secara tidak rasmi. Terdapat pelbagai khabar angin mengenainya di Internet. Jika anda melayari YouTube, terdapat pelbagai video tidak rasmi mengenainya.

Penantian peminat kartun ini kini boleh bersenang-lenang kerana secara rasminya Spongebob Squarepants, Kamp Koral bakal dikeluarkan mungkin pada bulan Jun ini. Sedikit bayangan, siri ini mengisahkan Spongebob yang berumur sepuluh tahun menyertai kem musim panas.

Adakah anda tidak sabar untuk melihat Spongebob Squarepants berusia sepuluh tahun? Adakah watak Patrick, Sandy atau Mr. Crab telah wujud pada ketika itu? Persoalannya bakal terjawab kelak. Tinggalkan komen anda di laman Facebook kami dan nantikan beritanya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: The Hollywood Reporter

Exit mobile version