Site icon TechNave BM

Karya seni pelajar Malaysia dipamerkan di ibu pejabat PBB, New York

Dua karya seni dihasilkan pelajar universiti tempatan untuk HONOR Talents dipamerkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat awal bulan ini.

Pelajar Universiti Teknologi MARA, Zyed Hamidi Zainal Abidin berserta pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman, Hoh Sheng Yue dan Sheanne Chin Seng Wei antara 28 pengkarya HONOR Talents terpilih dari pelbagai negara. Pameran adalah bertemakan Dragons Soaring Across Four Seas, Welcoming the Lunar New Year Together.

Year of Dragon: Prosperity at Its Peak

Karya seni Sheng Yue dan Sheanne berjudul Year of Dragon: Prosperity at Its Peak yang diinspirasikan daripada Yee Sang iaitu hidangan tradisional masyarakat Cina Malaysia yang unik dan disajikan pada sambutan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, karya seni Zyed Hamidi, berjudul Soaring in The Sky Together: A Memorial of Understanding and Friendship bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia dan China.

Soaring in The Sky Together: A Memorial of Understanding and Friendship

HONOR Talents memupuk dan mencungkil bakat muda di pelbagai bidang melalui pertandingan, selain menyediakan pentas bagi golongan muda untuk mempamerkan bakat mereka. Sejak penganjurannya, pertandingan ini telah menerima lebih 25,000 karya seni dari 40 negara dan rantau serta 240 universiti.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version