Site icon TechNave BM

Kaspersky: Malaysia antara 10 negara terima paling banyak e-mel bahaya pada 2022

Syarikat keselamatan siber dan privasi digital antarabangsa Kaspersky mendedahkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-10 dalam kalangan negara yang paling banyak menerima e-mel berunsur jahat (malicious e-mails). Malaysia menyaksikan peningkatan e-mel seperti ini sebanyak 18 juta berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam sebuah siaran media, Kaspersky mengatakan jumlah e-mel berniat jahat meningkat pada bulan Mac, Mei dan Jun sebanyak 3% pada 2022, berbanding 2.62% pada 2021.

Rakyat Malaysia sering menerima e-mel seperti ini yang menyamar sebagai e-mel perniagaan, kemudian penjenayah siber akan cuba meyakinkan penerima e-mel untuk memberi maklumat mengenai perniagaan seperti tawaran kewangan, invois atau slip bank.

Sering kali, apabila sebuah e-mel berniat jahat ini dibuka, sebuah Trojan akan turut dimuat turun ke dalam peranti yang digunakan. Turut menyukarkan keadaan rakyat Malaysia adalah mereka mengalami kesukaran dalam membezakan e-mel sebenar dengan e-mel yang berniat jahat.

Menurut data yang dikumpul oleh Kaspersky, kebanyakan laman phishing yang menyebarkan e-mel ini dihoskan dalam domain “.com” dan selalu dikaitkan dengan kandungan hiburan, jadi ini mungkin telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Scam yang terdapat dalam e-mel ini menawarkan ganjaran menarik seperti pembayaran daripada agensi kerajaan, syarikat besar dan bank.

Sungguh pun begitu, data Kaspersky Secure Network (KSN) melaporkan ancaman web di Malaysia sepanjang lima tahun lalu menunjukkan trend menurun. KSN mencatatkan ancaman web sebanyak 37.1 juta pada 2022, lebih rendah daripada 61.3 juta pada 2021.

Walaupun dengan trend tersebut, Kaspersky masih mengingatkan rakyat Malaysia supaya kekal peka kerana penjenayah siber akan terus mencipta pelbagai taktik baru untuk menipu mangsa.

Kaspersky menasihati rakyat Malaysia untuk mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber, seperti:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version