Site icon TechNave BM

Kasut Nike PG 5 PlayStation Colourway akan dilancar di Malaysia pada harga RM465

Jika anda merupakan peminat konsol Sony PlayStation atau pasukan bola keranjang Los Angeles Clippers, anda pasti akan berminat dengan kasut sneaker edisi khas yang dihasilkan oleh Nike, di mana mereka menghasilkan sepasang kasut Nike PG 5 yang mempunyai skema warna konsol PlayStation 5.

Kasut ini dibuat dengan kerjasama pemain basketball profesional dari Amerika Syarikat, Paul George, dan menampilkan corak berwarna putih, birtu dan hitam serta logo PlayStation pada sekeliling kasut. Logo PG 5 juga terpampang pada sebuah tanda nama yang diikat pada kasut tersebut.

Kasut ini akan dijual di laman web Nike Malaysia bermula hari Jumaat, 14 Mei jam 10:00 pagi dengan harga RM465. Ini adalah harga sama untuk kasut Nike PG 5 EP yang biasa.

Jika anda berminat, pastikan anda membeli kasut ini cepat kerana ia pasti akan mendapat sambutan yang amat laris. Kongsi pendapat anda tentang kasut ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version