Site icon TechNave BM

KBS anjurkan Malaysia Esports Championship 2020, pemenang akan bawa pulang RM100,000

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Malaysia Esports Championship (MEC) 2020, di mana jutaan penggiat e-sukan di seluruh negara boleh bertanding untuk mendapatkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000. Empat game akan dipertandingkan dalam MEC 2020 iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, DOTA 2 dan FIFA 21.

Game-game tersebut akan dipertandingkan dalam kategori berasingan untuk peranti mudah alih, komputer dan konsol. ESI juga telah bekerjasama dengan kumpulan e-sukan tempatan Geek Fam dan Alhamra Games untuk memberi lebih banyak peluang kepada penggiat e-sukan dalam Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

Mereka yang berminat untuk menyertai boleh mendaftarkan diri dalam laman web MEC. ESI juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak game yang boleh dipertandingkan dan industri e-sukan Malaysia pada masa akan datang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai MEC dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version