Site icon TechNave BM

Ke tepi Ash Ketchum; Simone Lim ialah jaguh Pokémon kanak-kanak masa kini

Dalam sebuah pertandingan Pokémon di Australia, seorang budak perempuan berumur tujuh tahun berjaya mengalahkan petanding-petanding yang jauh lebih berusia daripada beliau. Simone Lim memenangi Kejuaraan Antarabangsa Pokémon Peringkat Oceania di Melbourne, Australia dalam permainan video Pokémon Sword and Shield untuk kategori Junior.

Simone yang berasal dari Singapura dan pertama kali menyertai kejuaraan ini berjaya mengalahkan lawannya, Justin Miranda-Radbord, yang lebih berusia dan berpengalaman pada peringkat akhir. Sebelum ini, Justin sudah pun memenangi beberapa pertandingan antarabangsa Pokémon yang lain.

Malah Justin nampak seperti akan memenangi perlawanan dengan Simone apabila beliau menumpaskan semua Pokémon Simone kecuali satu iaitu Tyranitar. Walau bagaimanapun Simone mampu membaca taktik Justin dan berjaya mengalahkannya walaupun dengan hanya menggunakan Tyranitar sahaja.

Para peminat Pokémon seluruh dunia berasa amat teruja dengan kemenangan gadis cilik ini. Kongsi di Facebook kami jika anda turut gembira dengan kemenangannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mashable

Exit mobile version