Site icon TechNave BM

Kebanyakan rakyat Malaysia perlu kerja kira-kira 29 hari untuk beli sebuah iPhone 12 Pro

Adakah kita sebenarnya mampu untuk membeli siri iPhone 12 atau tidak mampu? Jawapannya bergantung kepada kewangan anda, namun baru-baru ini Picodi.com telah menganalisis tentang berapa harikah anda perlu bekerja untuk mampu membeli iPhone 12 Pro varian 128GB.

Sebagai panduan, iPhone 12 Pro 128GB berharga RM4,899 di pasaran Malaysia dan purata gaji pekerja di Malaysia adalah RM3,532.80. Menurut analisis ini, purata rakyat Malaysia perlu bekerja selama 29.1 hari untuk membelinya. Dengan syarat, gajinya tidak boleh digunakan untuk membeli apa-apa termasuk makanan dan minuman.

Berbeza dengan keadaan di Switzerland, mereka hanya perlu bekerja selama 4.4 hari untuk membeli sebuah iPhone 12 Pro 128GB. Manakala di India pula, peminat iPhone perlu bekerja selama 54.4 hari (lebih kurang 2 bulan) untuk mendapatkan sebuah iPhone 12 Pro 128GB.

Jika anda ingin tahu tentang cara pengiraannya, anda boleh kunjungi laman ini.

Apakah pandangan anda mengenai analisis ini dan adakah anda rela menabung untuk membeli siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita menarik yang lepas mengenai iPhone 12 termasuklah harga, spesifikasi dan Beberapa tangan pengguna iPhone 12 berdarah kerana bucu telefon yang tajam!

Sumber: Picodi.com

Exit mobile version