Site icon TechNave BM

Kebanyakan telefon HUAWEI pada 2022 mungkin akan gunakan cip Snapdragon

HUAWEI dikatakan hanya boleh menggunakan pemproses 4G kerana larangan pembekal di Amerika Syarikat. Menurut di Weibo @DCS, HUAWEI mungkin akan melancarkan telefon pintar Kirin 9000 4G. 

Ia turut mendedahkan bahawa kebanyakan telefon pintar HUAWEI akan menggunakan cip Snapdragon pada penggal pertama tahun depan. Mereka juga dikatakan tidak akan menggunakan cip Kirin dan model 4G.

HUAWEI P50 Pro mengunakan cip Kirin manakala HUAWEI P50 pula menggunakan cip Snapdragon 888 4G. Namun, pengguna tidak perlu risau kerana HUAWEI telah melancarkan cip Kirin 9000 dan Kirin 9000E Soc 5G yang menggunakan proses 5nm untuk menghasilkan prestasi yang lebih baik, kurang panas dan operasi operasi yang lebih cekap.

Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version