Site icon TechNave BM

Kebolehan menaip dengan kamera selfie antara teknologi baru Samsung dalam CES2020

Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 bakal dianjurkan tidak lama lagi dan pastinya Samsung sebagai sebuah syarikat elektronik gergasi bakal mempamerkan teknologi-teknologi baharu mereka dalam acara di Las Vegas itu.

Antara yang menarik perhatian ialah SelfieType, sebuah teknologi yang menggunakan kamera selfie dan enjin kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisa gerak-geri jari-jemari pengguna dan menukarkan gerakan itu kepada input papan kekunci QWERTY. Ini bermakna anda boleh menaip teks menggunakan kamera selfie sahaja. Syarikat Korea Selatan itu menekankan bahawa teknologi itu boleh digunakan dalam pelbagai telefon pintar dan tablet. Ia tidak memerlukan sebarang perkakasan baharu untuk menggunakannya.

Teknologi lain yang bakal dipamerkan Samsung adalah Hyler, sebuah highlighter yang boleh mendigitalkan teks daripada kertas; Becon, teknologi penganalisaan kulit kepala untuk mengurangkan keguguran rambut; SunnySide, sebuah peranti yang menghasilkan cahaya matahari buatan; dan sebuah pengesan yang boleh memantau pancaran ultraviolet (UV).

Teruja tak dengan teknologi baharu daripada Samsung ni dan semua yang akan diperkenalkan dalam CES 2020 pada bulan depan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gadgets360

Exit mobile version