Terkini, kami telah menemui maklumat mengenai Xiaomi Mi Stick dan Xiaomi Mi Band 5 yang baru sahaja dilancarkan secara global oleh Xiaomi. Kedua-dua peranti ini dilihat mempamerkan harga RM179 sahaja.
Sepertinya, anda sudah boleh mula membelinya memandangkan laman ini sudah boleh memproses tempahan anda. Xiaomi Mi Stick dan Mi Band 5 sebenarnya telah menjadi topik hangat dalam kalangan warganet semenjak ia pertama kali dilancarkan di China.
Pelancarannya secara global memberi makna bahawa ia bakal memasuki pasaran di negara selain China, termasuk Malaysia. Setakat ini, Xiaomi Malaysia masih tidak mengumumkan kehadiran pernati-peranti ini secara rasmi di pasaran Malaysia.
Memandangkan laman web ini telah mula menjualnya, Xiaomi Malaysia mungkin bakal mengumumkannya secara rasmi dalam masa terdekat. Apa pun, kami menyarankan agar anda menunggu maklumat rasmi dari pihak Xiaomi Malaysia.
Adakah anda bakal mendapat salah satu peranti ini, atau kedua-duanya sekali? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Ai Home

