Site icon TechNave BM

Kedai pertama diuruskan sepenuhnya oleh Xiaomi Malaysia kini dibuka di IPC Shopping Centre

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan pembukaan Kedai Xiaomi pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh Xiaomi Malaysia. Tidak seperti kedai sebelumnya yang diuruskan melalui kerjasama pengedar, kedai ini dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan Xiaomi. Ia terletak di IPC Shopping Centre, Petaling Jaya

Selari dengan strategi baharu Xiaomi, “Human × Car × Home”, kedai ini menawarkan pengalaman ekosistem pintar yang mengintegrasikan peranti peribadi dan produk rumah pintar. Kedai baharu ini menawarkan lebih daripada 300 produk Xiaomi termasuk telefon pintar dan produk AIoT pintar.

Bermula hari ini sehingga 1 Januari 2025, pelanggan boleh menikmati pelbagai aktiviti eksklusif di kedai baharu ini termasuk hadiah menarik dan peluang untuk memenangi produk Xiaomi. Pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 ke atas dalam satu resit di Kedai Xiaomi IPC layak menyertai peraduan cabutan bertuah.

Tempoh Cabutan Bertuah:

Peraduan “Snap & Win”
Pelanggan juga boleh menyertai peraduan “Snap & Win” untuk memenangi hadiah eksklusif. Cara penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Xiaomi baharu di IPC Shopping Centre antara 14 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025.
  2. Ambil gambar anda di dalam kedai.
  3. Muat naik gambar tersebut ke media sosial anda.
  4. Tunjukkan hantaran anda kepada kakitangan kedai dan dapatkan hadiah eksklusif!

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat menyertai aktiviti menarik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version