Site icon TechNave BM

Kedai rasmi Xiaomi ENCHEN buka di Malaysia 18 Januari ini, lebih banyak barang rumah berpatutan

Jika anda fikir Xiaomi hanya mengeluarkan telefon pintar dan gajet sahaja, anda salah. Di pasaran China, Xiaomi telah menapak sebagai sebuah ekosistem lengkap. Xiaomi kini mengumumkan kehadiran gedung rasmi Xiaomi ENCHEN di pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi ENCHEN ialah jenama barangan kelengkapan rumah pintar yang tergolong dalam ekosistem Xiaomi Youpin. Dengan konsep rekaan menarik, selamat dan harga berpatutan, gedung rasmi Xiaomi ENCHEN bakal dirasmikan pada 18 Januari 2021.

Seiring dengan pelancarannya, terdapat beberapa produk yang hadir dengan potongan harga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemaknya di laman Facebook rasmi Xiaomi ENCHEN Malaysia atau di gedung rasminya di Lazada.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version