Site icon TechNave BM

Kedai Xiaomi Vietnam dedahkan spesifikasi POCO X3 Pro sepenuhnya, harga bawah ~RM1,500

Sementara menunggu kehadiran POCO X3 Pro yang bakal dilancar dalam waktu terdekat, kedai Xiaomi di Vietnam dilapor mendedahkan spesifikasi penting POCO X3 Pro. Menariknya, peranti ini sememangnya hadir dengan cipset yang masih belum diumum, Snapdragon 860.

Maklumat ini ditemui oleh pengguna Twitter @chunvn888 yang menyatakan bahawa kedai rasmi Xiaomi di platform e-dagang Vietnam sudah mendedahkan acahan spesifikasi POCO X3 Pro. Selain spesifikasi, harga untuk varian RAM 8GB turut dipaparkan iaitu VND 7,990,000 (~RM1,428). Ini bermakna varian 6GB yang lebih rendah juga memiliki harga yang lebih rendah.

Menurut paparan di laman tersebut, POCO X3 Pro hadir dengan Snapdragon 860, RAM 6GB/8GB, storan 128GB/256GB (slot microSD tersedia sehingga 1TB), paparan 6.67 inci 120Hz FHD+ yang dilitupi Corning Gorilla Glass 6, bateri 5160mAh, cas 33W dan sistem penyejukan LiquidCool Technology.

Dari segi kamera, ia dilengkapi empat tetapan kamera 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 20MP. Ia turut hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5, NFC, dua pembesar suara dan sensor cap jari di sisi.

POCO X3 Pro yang dioperasikan MIUI 12 berasaskan Android 11 ini dijangka hadir pada 22 Mac 2021. Apa pun, kita perlu menunggu berita rasmi dari Xiaomi Malaysia untuk kesahihan spesifikasi di pasaran tempatan.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version