Site icon TechNave BM

Kejayaan Celcom dan Maxis menguji 5G dengan Perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN)

Disember 2019 lalu, percubaan 5G Multi Operator Core Network (MOCN) pertama di Asia Tenggara telah dilakukan oleh Maxis dan Celcom. Percubaan ini dilakukan oleh Maxis di Seaview Hotel, Kuah dan Celcom di The Westin Langkawi Resort & Spa. Ujian ini telah mencapai hasil kelajuan puncak melebihi 1.1Gbps.

Sepintas lalu, MOCN merupakan Perkongsian Rangkaian Radio (RAN) yang dapat meluaskan liputan 5G di tapak yang diuji. Percubaan yang membuahkan hasil ini memperlihatkan kedua-dua syarikat komunikasi yang bekerjasama dalam merealisasikan pengalaman infrastruktur 5G.

Percubaan sebegini turut membuktikan sejauh mana infrastruktur 5G boleh dilaksanakan seiring dengan matlamat Malaysia sebagai salah satu negara 5G di Asia Tenggara. Celcom dan Maxis juga akan menjalankan percubaan perkongsian aktif RAN yang menggunakan rangkaian 5G Standalone pada Q1 2020.

Adakah anda bersedia dengan rangkaian 5G di Malaysia? Beritahu harapan anda terhadap 5G Malaysia di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita 5G terkini di dalam dan luar negara.

Exit mobile version