Site icon TechNave BM

Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada 4 Mei ini

Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) untuk semua pemain. Acara menarik ini akan diadakan di Pusat Beli-belah MyTOWN pada 4  dan 5 Mei 2024, dari 10:00 pagi hingga 9:00 malam.  

Semua peserta berpeluang menonton perlawanan ini dan menyertai pelbagai aktiviti yang sedang berlangsung dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000 termasuk telefon pintar Infinix, barangan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada kejohanan MLBB, permohonan dibuka sekarang untuk pendaftaran pasukan. Berikut adalah beberapa langkah-langkah untuk menyertai kejohanan:

  1. Ikuti Infinix Malaysia di Facebook.
  2. Suka, kongsi dan komen “Game on!” dan tag rakan sepasukan anda pada siaran pengambilan.
  3. Isi Borang Google untuk melengkapkan pendaftaran.
  4. Pasukan terpilih akan dihubungi secara peribadi.                                      

Pemenang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan 20,000 berlian MLBB, manakala semua pasukan yang mengambil bahagian akan menerima cenderahati termasuk beg tote, lanyard, pelekat dan banyak lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version