Site icon TechNave BM

Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan bermula hari ini, peserta rebut hadiah berjumlah RM100 ribu

PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) bermula hari ini di mana para peserta akan bertanding untuk mendapatkan hadiah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM100,000 dan juga peluang untuk mewakili Malaysia dalam PUBG Mobile Pro League (PMPL).

Format baru akan diperkenalkan untuk PMNC pada tahun ini, di mana pemain boleh menyertainya secara berseorangan jika mereka tidak ingin menyertainya dalam sebuah kumpulan. Mereka yang sertai berseorangan akan bermain secara solo pada peringkat pertama game tersebut dan kemudian akan dikumpulkan dengan pemain perseorangan yang lain bagi bertindak sebagai sebuah pasukan dalam peringkat kedua.

Ini bagi membolehkan lebih ramai orang untuk menyertai PMNC, terutamanya buat mereka yang sukar menubuhkan pasukan. Ia juga membolehkan pasukan sedia ada untuk meninjau bakat tersembunyi dan merekrut mereka. Peserta PMNC akan dibahagikan kepada empat zon di mana setiap zon dibahagikan mengikut negeri-negeri dalam Malaysia.

Pendaftaran untuk PMNC 2020 bermula pada hari ini dan tarikh tamatnya bergantung kepada zon. Layari laman web rasmi PMNC 2020 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version