Site icon TechNave BM

Kelajuan internet Malaysia mengalami pengurangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut laporan daripada Ookla, syarikat yang bertanggungjawab untuk laman web Speedtest, kelajuan internet seluruh dunia berkurangan berikutan peningkatan penggunaan internet dalam rumah sewaktu kawalan pergerakan dilaksanakan di seluruh dunia. Di Malaysia pula, terdapat penurunan yang ketara dalam kelajuan muat turun purata daripada 16 sehingga 22 Mac.

Ini adalah tempoh awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac. Sebelum ini, kelajuan internet rangkaian Malaysia berada dalam paras yang stabil sejak 24 Februari. Efek ini adalah lebih ketara daripada segi jalur lebar mudah alih (mobile broadband) berbanding jalur lebar talian tetap (fixed broadband).

Kejadian yang sama juga berlaku di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Switzerland. Walau bagaimanapun, kelajuan internet di China dan Jepun semakin pulih walaupun dengan pandemik yang berlaku.

Adakah anda mengalami pengurangan kelajuan internet yang ketara juga? Kongsi pengalaman anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ookla

Exit mobile version