Site icon TechNave BM

Kelibat telefon dipercayai iPhone 12 muncul, seperti iPhone 4 dinaik taraf

Jika berdasarkan pada garis masa pelancaran iPhone terdahulu, telefon pintar Apple ini biasanya dilancarkan pada bulan September. Oleh kerana pelbagai faktor, ura-ura dari awal sehingga kini memperlihatkan bahawa iPhone 12 mungkin dilancarkan sedikit lewat dari garis masa terdahulu (bulan Oktober). Apa pun, anda boleh lihat gambar peranti yang didakwa sebagai iPhone 12 ini!

Untuk pengetahuan anda, terdapat acara Apple yang akan berlangsung pada 15 September 2020, 10:00 am PDT (16 September 2020 1:00 am waktu Malaysia) secara digital. Namun, kebanyakan sumber menjangkakan Apple Watch Series 6 dan iPad baharu akan dilancarkan pada acara ini, bukan iPhone 12.

Melalui gambar, anda boleh melihat potongan reka bentuk iPhone 12 yang seakan iPhone 4, namun dinaik taraf dengan potongan kamera baharu.

Rangka iPhone 12 yang tertiris pada berita lepas

Memandangkan kesemua maklumat adalah tidak rasmi, hanya tarikh acara yang rasmi, kita mungkin perlu melihat sendiri adakah iPhone 12 akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi.

Sepintas lalu, iPhone 12 bakal hadir dalam 4 varian; iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Ia dijangka berharga lebih kurang 5499 Yuan (RM3,338). Anda boleh juga membaca berita lepas mengenai spesifikasi iPhone 12 yang dikatakan tidak mempunyai skrin ProMotion 120Hz dan ramalan harganya yang lain.

Adakah anda sedang menanti kemunculan iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version