Site icon TechNave BM

Kemas kini Andorid 14 mungkin bawa ciri kesihatan bateri pada telefon pintar dan tablet

Menurut Mishaal Rahman dari XDA-Developers, Google akan menambah beberapa API BatteryManager baharu pada Android 14 beta.

Dua daripadanya adalah API awam untuk untuk memberikan maklumat tentang kiraan kitaran dan status pengecasan manakala selebihnya adalah API sistem yang melaporkan tarikh pembuatan peranti, tarikh penggunaan pertama, dasar pengecasan dan keadaan kesihatan.

Beliau turut melaporkan bahawa mana-mana aplikasi dengan kebenaran BATTERY_STATS boleh memanggil API sistem ini, tetapi ia hanya disediakan pada peranti Pixel yang menggunakan Android 14 Beta 2 atau lebih tinggi. Anda boleh memuat turun aplikasi Batt yang dibangunkan oleh pembangun Narek melalui GitLab dan mencubanya pada peranti anda jika ia menjalankan Android 14.

Walau bagaimanapun, ketepatan data yang dikongsi oleh aplikasi tidak boleh dijamin kerana ia melaporkan perkara yang dikembalikan oleh API dan statistik tersebut bergantung pada maklumat yang dijejaki oleh IC pengecasan. Ia juga bergantung pada sama ada HAL menyokong ciri ini ataupun tidak.

Kongsi pendapat anda diĀ FacebookĀ kamiĀ dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama MalaysiaĀ untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Mishaal Rahman

Exit mobile version