Site icon TechNave BM

Kemas kini baharu: Langkah-langkah jika anda positif COVID-19

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengemas kini maklumat mengenai langkah-langkah jika anda mengalami jangkitan virus COVID-19. Langkah baharu ini memudahkan rakyat yang terkena jangkitan dan dalam masa yang sama juga meningkatkan keefisienan bagi menangani wabak ini.

Ini adalah langkah-langkah yang anda perlu ketahui jika anda merupakan salah seorang positif COVID-19:

  1. Jalani pemeriksaan dan ujian saringan.

2. Jika positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK-Ag, maklumkan kepada KKM melalui dua cara iaitu:

  • Self notification (notifikasi kendiri) di aplikasi My Sejahtera. Langkah-langkahnya ialah pilih COVID-19 Self Test > Update Self Test Result.
  • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

Tambahan, untuk individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat, anda tidak perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya tidak mengalami sebarang gejala. Kepada mereka yang kuarantin di rumah, anda dinasihatkan untuk mendapatkan peranti seperti Pulse Oximeter – ukur spo2 dan nadi, blood pressure monitor dan thermometer – ukur suhu badan.

Peranti ini wajib untuk anda miliki kerana setiap hari KKM akan meminta anda untuk mengemaskini tahap kesihatan berdasarkan bacaan ketiga-tiga peranti ini di aplikasi MySejahtera. Terdapat 20 soalan kesihatan yang perlu anda jawab setiap hari bagi pihak KKM maklum mengenai tahap kesihatan anda.

Yang terakhir, tempoh kuarantin yang anda perlu jalani di rumah adalah selama 7 hari sahaja. Kepada yang belum menerima vaksinasi lengkap akan perlu kuarantinkan diri selama 10 hari. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: KKM

Exit mobile version