Site icon TechNave BM

Kemas kini game Call of Duty: Modern Warfare – Tewaskan musuh anda dengan bebola salji

Rata-rata rakyat Malaysia mengenali game Call of Duty yang juga boleh dimuat turun melalui peranti pintar mudah alih. Terkini, Call of Duty: Modern Warfare membawa pemain menikmati musim perayaan dengan menambah ciri baru.

Pengalaman gaming anda pasti lebih seronok dengan mod Snowfight. Mod ini memberi pilihan kepada pemain untuk menggunakan bebola salji sebagai senjata bagi mengalahkan musuh. Untuk rakyat Malaysia, inilah masanya anda bermain salji sambil menumpaskan musuh. Jangan lupa untuk mencuba mod Drop Zone juga untuk mengasah semangat kerjasama kumpulan.

Menurut engadget, jika anda ingin berehat seketika daripada keganasan, inilah peluangnya. Apa pun, mod ini hanya boleh dinikmati sehingga 31 Disember sahaja dan tidak tersedia di aplikasi pada peranti pintar. Namun, anda masih boleh mendapatkan kelas baru battle royale di CoD Mobile sehingga 29 Disember dan Prop Hunt sehingga 31 Disember.

Anda sudah mencuba? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita gaming terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: engadget

Exit mobile version