Site icon TechNave BM

Kemas kini global HyperOS 3 tiba dengan antaramuka lebih licin untuk Xiaomi, Redmi dan POCO

Xiaomi kini mula mengedarkan kemas kini OTA global baharu untuk HyperOS 3 yang membawa pelbagai penambahbaikan prestasi dan kestabilan kepada peranti Xiaomi, Redmi dan POCO. Kemas kini dengan kod versi RELEASE-6.01.02.1321-10302137 sedang diedarkan secara berperingkat di pasaran global serta untuk binaan HyperOS di China.

Fokus utama keluaran kali ini adalah untuk menjadikan pelancar HyperOS 3 lebih pantas, lancar dan responsif berbanding sebelumnya. Antara peningkatan utama termasuk pengoptimuman pada animasi, peralihan aplikasi dan pengurusan memori.

Ujian awal menunjukkan peningkatan ketara dalam kelajuan pertukaran aplikasi termasuk pada peranti dengan cip lama seperti Snapdragon 7 Gen 1 dan siri MediaTek Helio. Untuk rekod, HyperOS 3 mula diperkenalkan bersama siri Xiaomi 15 dan kini mula diperluas ke lebih banyak model.

Xiaomi turut mengesahkan senarai peranti tambahan yang akan menerima kemas kini ini termasuk Redmi K80, siri Xiaomi TV S Pro Mini LED dan Xiaomi Watch S4. Namun, beberapa model telefon dan tablet tertentu tidak akan menerima versi HyperOS 3.1 dengan senarai penuh boleh dirujuk melalui laman rasmi Xiaomi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi Times

Exit mobile version