Site icon TechNave BM

Kemas kini HomePod 15.1, hadir dengan sokongan audio tanpa kehilangan dan spatial

Apple hari ini telah melancarkan kemas kini perisian HomePod Versi 15.1 yang membawa sokongan audio tanpa kehilangan (lossless) yang merupakan antara permintaan tertinggi pengguna Apple untuk Apple Music dan juga audio spatial.

Kemas kini baharu ini membolehkan sokongan audio tanpa kehilangan untuk Apple Music pada HomePod dan mini HomePod. Ini bermakna HomePod anda kini boleh memainkan lagu yang menggunakan sambungan kod ALAC tanpa kehilangan apabila memainkan Apple Music dan bukannya menggunakan sambungan AAC.

Anda perlu mengaktifkan ciri ini pada pilihan di tetapan dan yang paling penting anda perlu melanggan pelan individu atau keluarga (bukan pelan suara terbaru). Ia juga miliki audio spatial dengan sokongan Dolby Atmos tetapi hanya tersedia pada HomePod sahaja bukan mini HomePod.

Anda boleh mengaktifkan audio spatial pada HomePod walaupun anda hanya mempunyai satu peranti tetapi kesannya lebih baik jika anda mempunyai sambungan dua stereo. Ciri Dolby Atmos tersedia melalui Apple Music, Apple TV+ dan iTunes Store.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version