Site icon TechNave BM

Kemas kini HUAWEI EMUI 11 tersedia di Malaysia bermula Disember 2020

Terdahulu, HUAWEI telah memperkenalkan sistem operasi antara muka baharu EMUI 11. Menurut sumber, HUAWEI kini telah mendedahkan kemas kini garis masa untuk EMUI 11 di pasaran global.

HUAWEI dilihat membahagikan jadual kemas kini EMUI 11 ke dalam tujuh kategori pasaran iaitu (Timur Tengah, Afrika, Rusia), Asia Pasifik, Eropah Barat, Eropah Timur Laut, Amerika Latin, Jepun dan India. Memandangkan Malaysia berada dalam negara Asia Pasifik, anda boleh melihat garis masa kemas kini EMUI 11 yang akan tersedia bermula pada Disember 2020 mengikut peranti tertentu.

PerantiNama ModelWaktu
HUAWEI P40ANADisember 2020
HUAWEI P40 ProELSDisember 2020
HUAWEI P40 Pro+ELSDisember 2020
HUAWEI Mate30 ProLIODisember 2020
HUAWEI Mate30 Pro 5GLIODisember 2020
HUAWEI Mate30TASDisember 2020
HUAWEI Mate XsTAHJanuari 2021
HUAWEI nova7JEFJanuari 2021
HUAWEI P30ELESuku pertama tahun 2021
HUAWEI Mate20 XEVRSuku pertama tahun 2021
HUAWEI Mate20X 5GEVRSuku pertama tahun 2021
HUAWEI Mate20HMASuku pertama tahun 2021
HUAWEI Mate20 ProLYASuku pertama tahun 2021
PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate20 RSLYASuku pertama tahun 2021
PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate20 RSVOGSuku pertama tahun 2021
HUAWEI nova 5TYAL
Suku pertama tahun 2021
HUAWEI MatePad ProMRXSuku pertama tahun 2021
HUAWEI MatePad Pro 5GMRXSuku pertama tahun 2021
HUAWEI MediaPad M6 10.8”SCMSuku pertama tahun 2021

Untuk melihat garis masa kemas kini di negara lain, anda boleh ke pautan ini. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai EMUI 11 di pautan ini.

Sepintas lalu, EMUI 11 akan menambilkan penambahbaikan pada fungsi Always on Display (AOD), album gambar Gallery yang direka semula, ikon beranimasi, naik taraf sekuriti dan privasi dan banyak lagi.

Apa pun, HUAWEI pasti akan mengumumkan tarikh rasmi yang lebih tepat selepas ini. Kongsikan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version